Prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Isu Pakatan Rakyat tubuh kerajaan 2008

DAP dan PKR didakwa belum ada pengalaman mentadbir negeri mahupun negara. PAS telah memerintah Kelantan melalui tokoh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seorang ulama tua pun boleh mentadbir negeri, inikan pula peguam , akauntan atau jurutera.

Lim Guan Eng menyatakan orang Melayu akan menyokong DAP jika kemiskinan tegar mereka di Pulau Pinang dihapuskan dalam tempoh setahun pentadbirannya. Selama 50 tahun BN memerintah, kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang masih gagal diselesaikan kerana dakwaan berlakunya kebocoran , ketirisan dan ketidakcekapan. Lantaran itu Lim Guan Eng melancarkan kerajaan CAT dan mahu CAT juga dilaksanakan di peringkat persekutuan - bukan sekadar manis di bibir mulut semata-mata. Sokongan orang Melayu amat bergantung kepada prestasi pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. [4]

Masyarakat Melayu diacum dengan isu babi di Sepang, tidak menghormati institusi raja, isu UITM dan sebagainya. Barisan Nasional lebih berjaya mempengaruhi rakyat marhaen kerana menguasai 100 % media elektronik seperti RTM, TV3 dan media cetak arus perdana.

Bagi terus memenangi masyarakat Cina dan India , Lim Guan Eng meneruskan slogan Malaysian Malaysian dan Malaysian First . Slogan ini sama saja dengan 'Malaysian Malaysia ketika pilihan raya 1969 dahulu.Kerajaan patut mengutamakan rakyat Malaysia tanpa mengira agamanya , bunyinya enak sekali.